Apakah Osteoporosis? Meh nak citer-citer...Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh. Dan penyakit tulang rapuh ini lebih tinggi dideritai oleh kaum2 hawa atau wanita la kan..terutama wanita2 Asia. Bukan orang-orang tua sahaja ye mengalami tulang rapuh or tulang reput....orang muda pun terdedah dengan risiko yang sama.
Mama Q kat sini nak tekankan kepada kaum wanita ye kenapa perlu cegah tulang rapuh sejak dari awal dan sejak muda lagi. Kita, wanita ni setelah berkahwin, akan mengandung. Bila mengandung secara automatiknya kalsium dalam badan kita akan ditarik untuk pembentukan bayi yang baru nak terbentuk itu. Bila kalsium dalam badan kita diserap untuk bayi, tulang kita akan kekurangan kalsium begitu juga gigi. Dan untuk pengetahuan umum juga, apabila kita da buat buku merah (buku antenatal) tu, kita akan dinasihatkan oleh Doktor untuk menjalani rawatan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh kehamilan, see now? Pentingnya mengetahui keadaan kalsium badan kita.
Setelah melahirkan, ibu2 tentu juga menyusu anak. Kalsium lagi akan ditarik untuk menghasilkan susu. Sebab tu wanita lebih berisiko tinggi mengalami osteoporosis.
Cara-cara pencegahan:
-Lakukan senaman paling mudah seperti joging, berkebun, berjalan dengan pantas dan aerobik sebagai rutin bagi memastikan keperluan kalsium dipenuhi.
-pendedahan kepada sinar matahari selamat dan magnesium menyimpan kalsium dalam tulang dan protein untuk membina tulang dengan dibantu oleh Vitamin D.
-Pengambilan kombinasi zat makanan bertindak secara berpadu seperti kalsium, vitamin D, magnesium, protein, zink dan vitamin K penting untuk proses pembentukan semula tulang. Zat pemakanan perlu diserap oleh tulang untuk memastikan pencapaian kekuatan tulang maksimum.
Leceh tak? Nak joging bagai? Nak minum susu high calcium segelas setiap hari?
Apa yang Mama Q amalkan adalah dengan mengambil supplement berasaskan Kalsium. tetapi perlu di ingat, pengambilan kalsium mestilah ada Vitamin D kerana vitamin D akan bantu penyerapan kalsium dengan berkesan. Tanpa Vitamin D, sia2 ambil kalsium. So Mama Q amalkan pengambilan @ biji Ostematrix sebelum tidur setiap hari..
Apa yang terkandung dalam Ostematrix?
Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik
MamaQairina
salam.singgah.. :)
ReplyDeletetq adik queenpink....
ReplyDelete